Friday, July 12, 2013

Hijau - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman





Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman 

HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.





www.dekorasidinding.weebly.com

Merah - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman





Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman

MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.

www.empiredeco.blogspot.com

Ungu - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman





Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman 

UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.





www.empiredeco.blogspot.com

Kuning - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman









Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman

KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanyaketerlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.





www.empiredeco.blogspot.com

Biru - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman




Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman 

BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.





www.empiredeco.blogspot.com

Monday, July 1, 2013

Jam Dinding Bergambar

Baru renovate rumah atau baru berpindah ke rumah baru. Masih tercari-cari hiasan apa hendak diletakkan pada dinding rumah yang kosong..

Jam dinding ini menggunakan gambar dengan resolusi tinggi bagi memberi gambaran yang realistik pada setiap dekorasi yang terhasil dengan tapaknya diperbuat dari kayu berkepadatan tinggi dan menggunakan kertas foto berkualiti tinggi.



Klik di sini >>> www.empiredeco.blogspot.com

Friday, February 8, 2013

Tips Mengemas Dapur: 5 Minit 15 Saat Setiap Hari



Sentiasa mulakan aktiviti dengan membasuh pinggan terlebih dahulu. Setelah selesai, sental sinki kerana sinki yang bersih bersinar akan menjadi penanda aras untuk anda membersihkan bahagian lain pula yang pastinya akan memperlihatkan kebersihan dan kekemasan. Melihatkan sinki yang bersih, pasti anda tidak sampai hati untuk meletakkan pinggan yang kotor tanpa membasuhnya terus. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Bersihkan sinki selepas membasuh pinggan mangkuk. Sekiranya anda mempunyai mesin basuh pinggan (dishwasher), lakukan aktiviti membersih secara serentak (1 minit).
  • Kemudian bersihkan bahagian atas dapur masak. (1 minit)
  • Bersihkan pula permukaan kaunter dapur (1 minit).
  • Akhir sekali, sapu lantai atau gunakan penyedut hampagas. (2 minit).
  • Mop lantai jika mahu. (15 saat)

Lampu Ubah Suasana

Penataan lampu antara elemen penting menzahirkan suasana di dalam rumah. Lampu bukan sekadar elemen menerangkan ruang bilik atau kediaman, tetapi sebagai hiasan dalaman terbaik. Ketelitian dalam memilih lampu hiasan khususnya reka bentuk dan arah sinar lampu perlu diberi perhatian selain keindahan ruang tampil berbeza jika menggunakan lampu yang memberikan pencahayaan yang setempat Biasanya lampu hiasan dibahagikan kepada beberapa jenis termasuk lampu gantung, lampu siling dan lampu dinding dengan pelbagai bentuk, warna dan motif. Rekaan yang menarik, cantik dan kena dengan keadaan ruang apabila dipasang, cahayanya terang dan romantik selari dengan citarasa anda. Sebelum memilih lampu hiasan untuk ruang kediaman, penting mengenal pasti konsep kegemaran sama ada klasik, moden, kontemporari, ringkas atau suai padan.

Lampu siling memancarkan cahaya keseluruhan tempat, tetapi kesannya mendatar dan membosankan kecuali digunakan bersama lampu lantai. Sementara itu, lampu dinding sesuai untuk memantulkan cahaya daripada siling atau lantai manakala lampu meja memancarkan cahaya ke satu tempat sahaja. Bagi lampu lantai, ia membantu menerangi ruang yang menggunakan lampu siling sementara lampu kristal seperti chandelier kurang sesuai di ruang tamu sempit atau siling rendah.

Lampu di ruang dapur dan bilik tidur perlu disesuaikan dengan reka letak atau fungsi ruang berkenaan. Lampu hiasan dengan alat kawalan pencahayaan memudahkan anda mengawal jumlah penataan cahaya sesuai.

www.empiredeco.blogspot.com

Trend Eco Green (Kediaman Bergaya dan Selamat)



10 Langkah Mudah Pelihara Bumi

1. Ubah Penggunaan Mentol Cahaya
Jika setiap keluarga menukar mentol cahaya kepada mentol jenis fluorecent, anda sebenarnya telah membantu mengurangkan pencemaran yang bersamaan dengan mengalihkan sejuta kenderaan dari jalan raya.

2. Tutup Komputer Pada Waktu Malam
Pastikan anda memadamkan penggunaan komputer setiap malam daripada membiarkan kepada sleep mode, anda boleh menyelamatkan 40 watt setiap jam setiap hari. Jika anda tidak ingin menunggu komputer dipasang, setkan secara automatik beberapa minit sebelum anda mula kerja.

3. Pilih Bateri Guna Semula
Setiap tahun berbilion bateri dihasilkan daan kebanyakkannya ialah bateri-bateri beralkali pakai buang. Hanya satu bahagian itu adalah dikitar semula. Beli satu pengecas dan beberapa set bateri boileh dicas semula.

4. Kitar Semula Aluminium dan Kaca
20 tin aluminium yang dikitar semula boleh dihasilkan semula dengan kandungan tenaga untuk mengeluarkan satu tin baru. Setiap tan gelas kitar semula menyelamatkan setara 9 gelen penuh minyak yang diperlukan untuk menghasilkan kaca baru.

5. Tutup Lampu
Sentiasa memastikan anda memadamkan lampu sebelum meninggalkan bilik. Ini kerana lampu daripada jenis mentol fluorecent akan lebih memberi kesan jika sekiranya anda sering membuka dan menutup lampu berulang kali. Langkah bijak ialah dengan menutup lampu sekiranya anda keluar dalam tempoh yang lebih daripada 15 minit. Anda mampu menjimatkan tenaga pada mentol, tetapi juga pada kos penyejukan, kerana penggunaan lampu yang terlalu lama akan mengundang lebihan habake dalam ruang bilik.

6. Guna Kembali Barangan Lama & Terpakai
Membuat keputusan untuk membeli barangan terpakai adalah langkah bijak untuk kitar semula. Anda juga boleh menjual kembali barangan yang telah digunakan untuk berkongsi matlamat kitar semula dengan yaang lain.

7.  Menanam Pokok
Ia baik untuk udara dab tanah. Malah menjimatkan kerana udara yang segar membantu anda mengurangkan penggunaan penghawa dingin. Jadikan aktiviti menanam sebatang pokok sebagai aktiviti bermakna bersama ahli keluarga.

8. Guna Kembali Botol Air
Hampir 90% daripada botol-botol air plastik tidak dikitar semula, sebaliknya mengambil beribu tahun untuk proses penguraian. Apa kata kita beli sebuah bekas air yang boleh diguna semula untuk membantu menyelamatkan persekitaran, menjimatkan wang anda dan juga menjamin kesihatan yang terpelihara.

9. Kitar Semula Gelas
Gelas dikitar semula dapat mengurangkan pencemaran udarasebanyak 20 peratus dan pencemaran air sebanyak 50 peratus. Jika ia tidak dikitar semula ia boleh mengambil masa selama sejuta tahun untuk proses penguraian.

10. Kongsi Bersama!
Jika setiap orang tahu tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan memeliharanya, anda sebenarnya telah mengubah dunia ke arah yang lebih baik.

www.empiredeco.blogspot.com

Ebook Pakar Dekorasi


Dapatkan segera ebook panduan dekorasi bagi menghias rumah kecil agar nampak cantik.

Klik Di Bawah!!



Tips Mengemas Bilik Tidurr: 6 Minit Setiap Hari



Disiplinkan diri anda untuk mngemas katil sejurus selepas bangun tidur. Katil yang kemas pasti akan menjadi inspirasi untuk melihat keseluruhan kamar beradu kemas dan teratur. Apa yang anda perlu lakukan adalah:
  • Kemas katil sebelum mandi pagi. (2 minit)
  • Sekiranya ada pakaian bersih yang masih terperuk di dalam bakul, lipat dan gantungkan ke dalam almari. (4 minit)

Tips Menghias Rumah Sewa


Ingin menghias , tetapi apakan daya tinggal menyewa. Cadangan lima (5) panduan ini diharap dapat memberi lebih keyakinan dan ilham kepada anda untuk menghias kediaman sekalipun bukan rumah sendiri. Ayuh mulakan kerja mengindahkan tempat tinggal yang kita sewa ini secara kreatif.


5 panduan mudah untuk dipraktikan:

1. Gantikan cat dengan kertas dinding

Dinding konkrit putih mudah kusam dan nampak kotor, tambahan pula kalau penyewa terdahulu sudah berkeluarga maka penuhlah dinding dengan 'hasil lukisan ' anak kecil mereka. Sekiranya tuan rumah tidak membenarkan anda mengecat dinding maka pilihan lain ialah memasang kertas dinding. Untuk lebih menjimatkan pasang sendiri bahan kemasan ini. Pilih jenis kertas dindingyang boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan dinding. Atau guna kertas pelekat aneka corak yang banyak terdapat di pasaran untuk mencantikkan lagi dinding rumah sewa anda dan boleh dilekatkan semula apabila berpindah ke rumah baru.



2. Alas lantai dengan permaidani

Jarang sangat tuan rumah melakukan kerja pembaikan ke atas rumah yang disewakannya, sebaliknya mereka menawarkan kemudahan paling asas dan hampir tidak ada perhiasan mahupun kemasan. Usah gusar, hamparkan sahaja permaidani untuk melapik ruang lantai tertentu, misalnya di kawasan set sofa, berhadapan kabinet televisyen, bawah meja makan dan sebagainya. Hamparan permaidani eksklusif atau berwarna-warni sekali gus dapat menceriakan ruang, selain menutup kekurangan lantai dan memberi kehangatan yang diperlukan. Apabila berpindah nanti boleh digulung sahaja permaidani itu dan hamparkan semula di rumah baru.


3.Hias tingkap/pintu dengan langsir

Kalau rumah bertingkap kayu jenis berdaun atau tingkap kaca atau tingkap kaca gelongsor boleh dimaafkan jika tidak berlangsir. Namun bagi tingkap ram kaca biasa seelok-eloknya biarlah berlangsir kerana tingkap begini tidak menonjolkan sebarang nilai estetika. Apa-apa pun , ruang dalaman akan lebih berseri jika dihiasi langsir atau bidai. Ada pelbagai gaya langsir dan jenis bidai yang boleh dipasang dan pastikan sesuai denagn latar ruang, keluasan rumah serta gaya penataan. Langsir dan bidai ini boleh ditanggalkan untuk digunakan semula di rumah sendiri,jika mahu.




4. Guna lampu rekaan unik dan berwarna warni

Reka bentuk lampu dan jenis pencahayaan memainkan peranan dalam menambahkan baikkan keindahan ruang dalaman. Pilih lampu yang mempunyai reka bentuk menarik dan unik ataupun berwarna warni. sama ada lampu lantai , lampu meja atau lampu siling, semua ini boleh dibawa bersama apabila berpindah kelak dan tidak merosakkan rumah yang disewa. Anda mungkin tidak gemar dengan lampu kalimantang yang dipasang tuan rumah Tetapi tidak boleh menanggalkannya. Jadi penggunaan lampu meja dan lampu lantai dapat membantu kerana anda hanya perlu memasang lampu kalimantang itu apabila ada majlis keraiaan yang banyak memerlukan banyak pencahayaan sahaja. Lagipun apabila sudah ramai di dalam rumah, tiada yang akan perasan reka bentuk lampu siling anda! Jika ada mana-mana lampu gantung yang dipasang tuan rumah tidak begitu cantik pada pandangan anda, gantikanlah dengan candelier kegemaran menggunakan pendawaian serupa. Apabila hendak berpindah nanti pasangkan semula lampu gantung milik tuan rumah itu dan bawa candelier anda ke rumah baru.


5. Pamerkan perhiasan menarik

Anda boleh menghias ruang dengan aneka perhiasan, antaranya: -Sarung Kusyen Susun kusyen hiasan di atas set kerusi ruang tamu. Anda cuma perlu membeli kusyen sekali sahaja, tetapi anda boleh menukar ganti sarungnya beberapa kali yang anda mahu. Pilih sarung yang menarik bersesuaian tata hias ruang berkenaan. Sarung dan kusyen ini boleh dibawa apabila berpindah nanti. -Gambar Berbingkai Jika takut merosakkan dinding, pamerkan sahaja gambar peribadi dan keluarga anda diatas meja konsol, kabinet hiasan rendah, kabinet televisyen, meja sisi atau sebarang tempat yang besesuaian. Pilih bingkai menarik yang menepati kehendak gaya hiasan anda. Selain itu, boleh juga menggunakan bingkai berkaki yang ditawarkan didalam pelbagai rekaan, misalnya bentuk pemidang dan pokok. Kehadiran gambar-gambar ini bukan sahaja mengimbau kenangan, malah berkesan mewujudkan suasana kekeluargaan di dalam kediaman. Gambar-gambar ini dan bingkai berkaki itu boleh dibawa bersama apabila berpindah nanti.