ILHAM penataan ruang makan memberikan kesan keseluruhan dekorasi kediaman anda. Ruang yang sering menjadi tumpuan keluarga dan tetamu itu perlu dihias sempurna supaya sentiasa menarik dan menjanjikan keselesaan ketika menjamu selera.
Namun, masih ada yang buntu untuk menentukan reka letak sempurna ruang berkenaan.
Melantik pakar hiasan dalaman antara langkah terbaik dan ketengahkan kreativiti anda kerana ia lebih memberikan kepuasan.
Kehadiran set meja makan menjadi pelengkap utama ruang berkenaan dan kesesuaiannya perlu diambil kira.
Berikut beberapa panduan berkenaan pilihan dan reka letak sesuai meja makan:
1) Menentukan jumlah kerusi meja makan
Perhatikan dan kira jumlah penghuni yang ada
Jika mempunyai keluarga kecil, meja makan sederhana sudah mencukupi
Lazimnya meja makan mempunyai dua hingga lapan kerusi
kehadiran tetamu ramai serentak memerlukan ruang makan selesa.
Bagi mengatasi masalah itu, ruang dapur selesa dan ringkas dapat membantu.
2) Cara mengatasi kerusi makan yang tidak mencukupi
Beli kerusi lipat
Simpan di stor jika tidak memerlukan.
Penyediaan makanan secara bufet amat sesuai.
3) Cara sesuai menghidupkan suasana di ruang makan
Pastikan meja makan sesuai dengan konsep kediaman.
Perkakasan penting seperti pinggan mangkuk boleh diletakkan secara teratur untuk kegunaan dan hiasan.
Hiasi dengan lampu gantung atau candelier.
Pastikan lampu itu sesuai dengan konsep dekorasi.
4) Aksesori lain yang perlu ada
Paling penting cermin hiasan pada latar dindingnya.
Saiz cermin tidak terhad
Anda bebas meletakkan cermin di keseluruhan ruang berkenaan atau bersaiz 2 kaki x 2 kaki.
Antara aksesori lain ialah bingkai gambar atau lukisan sesuai.
0 comments:
Post a Comment