Friday, February 8, 2013

Lampu Ubah Suasana

Penataan lampu antara elemen penting menzahirkan suasana di dalam rumah. Lampu bukan sekadar elemen menerangkan ruang bilik atau kediaman, tetapi sebagai hiasan dalaman terbaik. Ketelitian dalam memilih lampu hiasan khususnya reka bentuk dan arah sinar lampu perlu diberi perhatian selain keindahan ruang tampil berbeza jika menggunakan lampu yang memberikan pencahayaan yang setempat Biasanya lampu hiasan dibahagikan kepada beberapa jenis termasuk lampu gantung, lampu siling dan lampu dinding dengan pelbagai bentuk, warna dan motif. Rekaan yang menarik, cantik dan kena dengan keadaan ruang apabila dipasang, cahayanya terang dan romantik selari dengan citarasa anda. Sebelum memilih lampu hiasan untuk ruang kediaman, penting mengenal pasti konsep kegemaran sama ada klasik, moden, kontemporari, ringkas atau suai padan.

Lampu siling memancarkan cahaya keseluruhan tempat, tetapi kesannya mendatar dan membosankan kecuali digunakan bersama lampu lantai. Sementara itu, lampu dinding sesuai untuk memantulkan cahaya daripada siling atau lantai manakala lampu meja memancarkan cahaya ke satu tempat sahaja. Bagi lampu lantai, ia membantu menerangi ruang yang menggunakan lampu siling sementara lampu kristal seperti chandelier kurang sesuai di ruang tamu sempit atau siling rendah.

Lampu di ruang dapur dan bilik tidur perlu disesuaikan dengan reka letak atau fungsi ruang berkenaan. Lampu hiasan dengan alat kawalan pencahayaan memudahkan anda mengawal jumlah penataan cahaya sesuai.

www.empiredeco.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment