Friday, February 8, 2013

Tips Menghias Rumah Sewa


Ingin menghias , tetapi apakan daya tinggal menyewa. Cadangan lima (5) panduan ini diharap dapat memberi lebih keyakinan dan ilham kepada anda untuk menghias kediaman sekalipun bukan rumah sendiri. Ayuh mulakan kerja mengindahkan tempat tinggal yang kita sewa ini secara kreatif.


5 panduan mudah untuk dipraktikan:

1. Gantikan cat dengan kertas dinding

Dinding konkrit putih mudah kusam dan nampak kotor, tambahan pula kalau penyewa terdahulu sudah berkeluarga maka penuhlah dinding dengan 'hasil lukisan ' anak kecil mereka. Sekiranya tuan rumah tidak membenarkan anda mengecat dinding maka pilihan lain ialah memasang kertas dinding. Untuk lebih menjimatkan pasang sendiri bahan kemasan ini. Pilih jenis kertas dindingyang boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan dinding. Atau guna kertas pelekat aneka corak yang banyak terdapat di pasaran untuk mencantikkan lagi dinding rumah sewa anda dan boleh dilekatkan semula apabila berpindah ke rumah baru.



2. Alas lantai dengan permaidani

Jarang sangat tuan rumah melakukan kerja pembaikan ke atas rumah yang disewakannya, sebaliknya mereka menawarkan kemudahan paling asas dan hampir tidak ada perhiasan mahupun kemasan. Usah gusar, hamparkan sahaja permaidani untuk melapik ruang lantai tertentu, misalnya di kawasan set sofa, berhadapan kabinet televisyen, bawah meja makan dan sebagainya. Hamparan permaidani eksklusif atau berwarna-warni sekali gus dapat menceriakan ruang, selain menutup kekurangan lantai dan memberi kehangatan yang diperlukan. Apabila berpindah nanti boleh digulung sahaja permaidani itu dan hamparkan semula di rumah baru.


3.Hias tingkap/pintu dengan langsir

Kalau rumah bertingkap kayu jenis berdaun atau tingkap kaca atau tingkap kaca gelongsor boleh dimaafkan jika tidak berlangsir. Namun bagi tingkap ram kaca biasa seelok-eloknya biarlah berlangsir kerana tingkap begini tidak menonjolkan sebarang nilai estetika. Apa-apa pun , ruang dalaman akan lebih berseri jika dihiasi langsir atau bidai. Ada pelbagai gaya langsir dan jenis bidai yang boleh dipasang dan pastikan sesuai denagn latar ruang, keluasan rumah serta gaya penataan. Langsir dan bidai ini boleh ditanggalkan untuk digunakan semula di rumah sendiri,jika mahu.




4. Guna lampu rekaan unik dan berwarna warni

Reka bentuk lampu dan jenis pencahayaan memainkan peranan dalam menambahkan baikkan keindahan ruang dalaman. Pilih lampu yang mempunyai reka bentuk menarik dan unik ataupun berwarna warni. sama ada lampu lantai , lampu meja atau lampu siling, semua ini boleh dibawa bersama apabila berpindah kelak dan tidak merosakkan rumah yang disewa. Anda mungkin tidak gemar dengan lampu kalimantang yang dipasang tuan rumah Tetapi tidak boleh menanggalkannya. Jadi penggunaan lampu meja dan lampu lantai dapat membantu kerana anda hanya perlu memasang lampu kalimantang itu apabila ada majlis keraiaan yang banyak memerlukan banyak pencahayaan sahaja. Lagipun apabila sudah ramai di dalam rumah, tiada yang akan perasan reka bentuk lampu siling anda! Jika ada mana-mana lampu gantung yang dipasang tuan rumah tidak begitu cantik pada pandangan anda, gantikanlah dengan candelier kegemaran menggunakan pendawaian serupa. Apabila hendak berpindah nanti pasangkan semula lampu gantung milik tuan rumah itu dan bawa candelier anda ke rumah baru.


5. Pamerkan perhiasan menarik

Anda boleh menghias ruang dengan aneka perhiasan, antaranya: -Sarung Kusyen Susun kusyen hiasan di atas set kerusi ruang tamu. Anda cuma perlu membeli kusyen sekali sahaja, tetapi anda boleh menukar ganti sarungnya beberapa kali yang anda mahu. Pilih sarung yang menarik bersesuaian tata hias ruang berkenaan. Sarung dan kusyen ini boleh dibawa apabila berpindah nanti. -Gambar Berbingkai Jika takut merosakkan dinding, pamerkan sahaja gambar peribadi dan keluarga anda diatas meja konsol, kabinet hiasan rendah, kabinet televisyen, meja sisi atau sebarang tempat yang besesuaian. Pilih bingkai menarik yang menepati kehendak gaya hiasan anda. Selain itu, boleh juga menggunakan bingkai berkaki yang ditawarkan didalam pelbagai rekaan, misalnya bentuk pemidang dan pokok. Kehadiran gambar-gambar ini bukan sahaja mengimbau kenangan, malah berkesan mewujudkan suasana kekeluargaan di dalam kediaman. Gambar-gambar ini dan bingkai berkaki itu boleh dibawa bersama apabila berpindah nanti.

1 comments:

Unknown said...

THANKS..MENARIK LAH...

Post a Comment