Dalam menghias rumah, selalunya, bilik tidur jarang di beri perhatian. Mungkin sebab bilik tidur bukan untuk tatapan tetamu kita. Adakah pujian tetamu yang kita harapkan?, atau keselesaan kita?. Sekiranya tidak mempunyai masa atau wang untuk mengubah penampilan bilik tidur anda, ikuti beberapa idea yang mungkin membantu anda menghias semula dengan cepat dan jimat.
#1 Cat semula
Dengan menukar warna bilik tidur, anda akan mengubah suasananya dengan sekelip mata. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan warna yang terang (bright color) untuk menggantikan suasana dull sebelum ini. Anda juga boleh menggunakan kombinasi beberapa warna untuk dinding di situ. Bilik tidur anda akan kembali segar dan mengujakan. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
#2 Ganti set cadar dan langsir
Satu lagi cara, ganti set cadar, sarung bantal, comforter dengan tema warna yang lebih menonjol. Tumpukan pada pemilihan tema warna yang sesuai. Soal kualiti boleh diketepikan sekiranya kurang berkemampuan. Percaya atau tidak, walaupun hanya menukar comforter dan sarung bantal, anda akan memperoleh perubahan yang diharapkan. Untuk lebih lengkap, ganti langsir mengikut tema baru yang dipilih.
#3 Letak hamparan, permaidani atau rug
Ini cara yang paling mudah untuk menghias bilik tidur anda dengan cepat. Jika diletak ditempat yang betul, hamparan atau rug ini akan menjadi titik tumpuan (focal point) bilik tidur anda. Focal point penting dalam dekorasi. Pilih dengan bijak hamparan yang ingin digunakan agar kewujudannya mampu memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur anda. Contohnya, jika bilik tidur anda berkonsep kontemporari, pilih corak geometri pada hamparan anda. Corak dan tekstur dalam dekorasi.
Sumber: http://dekorumah.blogspot.com
2 comments:
Info yg sangat berguna untuk kami yang baru nk beli rumah.pening kepala memikirkan cara nak renovate rumah.but those are brilliant ideas! time kasih bebanyak!
alhamdulillah..harap kami dapat membantu anda :-)
Post a Comment