Thursday, November 29, 2012

Dekorasi bagi ruangan sempit atau terhad




Faktor keluasan laman atau ruangan untuk menghias bukanlah satu masalah untuk mengindahkan  sesebuah kediaman. Artikel kali ini ingin memberikan tips sentuhan dekorasi bagi ruangan kecil , di kawasan terhad seperti balkoni, sudut dinding atau kolong udara di apartmen atau kondominium.Pelbagai kaedah untuk menyediakan sebuah ruangan atau laman kecil di balkoni kita.

 Sesetengah kondominium memiliki laman kecil selain balkoni yang boleh dimanfaatkan dengan pergola mini atau mini air terjun. Di samping itu, unsur tanaman boleh dijadikan penghias sampingan, terutamanya tanaman gantung.

Tips: Silap jika anda beranggapan penggunaan pasu saja yang sesuai bagi tujuan bercucuk tanam. Sebaliknya, penggunaan kotak tanaman juga sesuai bagi menanam tumbuhan hiasan mahupun tanaman boleh dimakan serta herba. Meletakkan kotak tanaman di tingkap atau balkoni juga tidak memerlukan belanja dan peralatan yang mahal cukup sekadar kotak tanaman yang dibeli daripada kedai peralatan atau nurseri bunga.

Selain kotak tanaman kayu yang boleh dibina sendiri, mereka yang bercadang meletakkan bekas berkenaan boleh membeli kotak tanaman plastik atau bahan sintetik yang boleh didapati di kedai barang keperluan kebun atau pasar raya.

Pilihan tumbuhan:
Tips: Kita boleh  memilih beberapa jenis tumbuhan daripada dua atau 3 jenis warna dan ulang penanamannya di seluruh taman kecil di balkoni atau jendela anda. Pengulangan ini adalah satu kaedah untuk mendapatkan reka bentuk yang menarik dan tidak terlalu serabut untuk sebuah taman kecil, terutama di balkoni.

Berikut adalah beberapa jenis pilihan tanaman yang sesuai dan cantik:

Daun pudina bagi kotak tanaman
Daun  ini mempunyai bunga  cantik yang dikenali sebagai Salvia yang kecil berwarna garang seperti merah, merah jambu, jingga serta ungu, biasanya mudah ditemui di nurseri pokok. Ciri menarik Salvia adalah pokoknya merimbun dan sesuai diletakkan di serambi tingkap, muka pintu atau di laman.

Selain keindahannya, menanamnya juga mudah:  Untuk menanamnya, pastikan mempunyai sistem saliran yang baik dalam pasu, pastikan tanah yang digunakan bebas masalah rumpai, serangga dan penyakit dan mempunyai nilai pH 5.5 dan 6.5.   Media yang digunakan pula merupakan tanah gambut yang dicampur dengan  pasir dan habuk kelapa. Tanaman ini sesuai ditanam dalam kotak tanaman yang boleh disusun pada birai jendela atau balkoni.

Tanaman gantung 
Tanaman jenis petunia atau  bougenville (bunga kertas), orkid, tanduk rusa dan lain-lain sebenarnya berpotensi untuk digunakan sebagai taman gantung. Petunia amat sesuai untuk kediaman yang mempunyai keluasan terhad dan ia bertambah menarik jika ditanam dalam pasu, sekali gus menyuntik semangat taman.

Tanaman yang berasal dari Amerika Selatan itu mempunyai 35 spesies asal dan kini kebanyakannya dikacukkan bagi menghasilkan petunia yang menarik.

Namun, tanaman yang menjuntai ke bawah merupakan pilihan yang lebih tepat seperti bunga seri pagi atau  daisi gerbera kerana ia mempunyai daya tarikan tersendiri termasuk bunga warna terang dan mudah didapati. Warnanya pula terdiri dari merah, putih, jingga, merah jambu, ungu dan kuning selain menampilkan pelbagai rona lain hasil kacukan.

Tips penjagaan tanaman gantung atau kotak tanaman:
•    Pastikan kedudukan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memangkas dahannya. Jika terlalu tinggi,  akan menjejaskan keindahan pokok itu.

•    Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.

•    Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.

•    Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Sentiasa buang daun yang layu.

•    Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.

•    Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Seeloknya siram dua kali sehari.

•    Pembajaan  teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.

•    Selalu memeriksa  pokok bagi memastikan simptom serangan serangga atau penyakit.

Sekian semoga mendapat manfaat.

Petua Penjagaan Perabot




Petua penjagaan perabot

1. Tips yang pertama bagi menghilangkan debu pada rangka perabot anda boleh menucinya dengan kain lembap seminggu sekali. Jika rangka perabot anda jenis kayu jati, alternative lain ialah dengan menggunakan minyak kayu murni dan dilap beberapa bulan sekali untuk mengembalikan serinya.

2. Jika anda ingin melihat perubahan yang ketara dan lebih efektif, anda boleh membersihkan perabot kayu dengan 10 titik lemon yang dicampur satu suku minyak mineral dan lap dengan kain lembut.

3. sesetengah orang menggunakan plastik untuk membalut permukaan upholsteri menyebabkan kesan habuk lebih ketara. Pilihan lain anda boleh menggunakan kain jenis scotch guard yang mempunyai lapisan pelindung untuk fabric upholsteri terutama pada tempat duduk sofa. Anda hanya perlu kebas permukaan fabric ini untuk menghilangkan habuk.

4. Fabric upholsteri adalah kalis air, walaubagaimanapun, jika terdapat cecair yang tumpah di atas fabric jenis ini perlu segera dilap kerana jika dibiarkan lama menyebabkan air menyerap ke dalam kain dan ini boleh menjejaskan seri serta mutunya.

5. Selubungkan semua jenis perabot dengan kain untuk mengelak debu tebal, seandainya anda ingin meninggalkan rumah selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

6. Akhir sekali cara terbaik untuk menjaga permukaan perabot supaya mengekalkan serinya untuk tempoh yang lama dan tidak berhabuk, tindakan menyelimut perabot boleh dibuat setiap malam sebelum tidur.

Selamat Mencuba!!!!!

Hias Bilik Tidur Dengan Cepat dan Jimat




Baru sahaja enam bulan lepas anda mengubah suasana bilik tidur, dan hari ini hendak diubah semula. Bukanlah pelik jika anda seorang yang sentiasa sukakan suasana baru. Memang manusia berhajatkan persekitaran yang dapat memenuhi kehendaknya. Hendak mengubah dunia sekeliling kita, mungkin tidak mampu. Jadi, rumah yang kita miliki menjadi suatu tempat mencurah keinginan dan citarasa peribadi yang paling sesuai.


Dalam menghias rumah, selalunya, bilik tidur jarang di beri perhatian. Mungkin sebab bilik tidur bukan untuk tatapan tetamu kita. Adakah pujian tetamu yang kita harapkan?, atau keselesaan kita?. Sekiranya tidak mempunyai masa atau wang untuk mengubah penampilan bilik tidur anda, ikuti beberapa idea yang mungkin membantu anda menghias semula dengan cepat dan jimat.

#1 Cat semula
Dengan menukar warna bilik tidur, anda akan mengubah suasananya dengan sekelip mata. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan warna yang terang (bright color) untuk menggantikan suasana dull sebelum ini. Anda juga boleh menggunakan kombinasi beberapa warna untuk dinding di situ. Bilik tidur anda akan kembali segar dan mengujakan. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.



#2 Ganti set cadar dan langsir

Satu lagi cara, ganti set cadar, sarung bantal, comforter dengan tema warna yang lebih menonjol. Tumpukan pada pemilihan tema warna yang sesuai. Soal kualiti boleh diketepikan sekiranya kurang berkemampuan. Percaya atau tidak, walaupun hanya menukar comforter dan sarung bantal, anda akan memperoleh perubahan yang diharapkan. Untuk lebih lengkap, ganti langsir mengikut tema baru yang dipilih.

#3 Letak hamparan, permaidani atau rug
Ini cara yang paling mudah untuk menghias bilik tidur anda dengan cepat. Jika diletak ditempat yang betul, hamparan atau rug ini akan menjadi titik tumpuan (focal point) bilik tidur anda. Focal point penting dalam dekorasi. Pilih dengan bijak hamparan yang ingin digunakan agar kewujudannya mampu memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur anda. Contohnya, jika bilik tidur anda berkonsep kontemporari, pilih corak geometri pada hamparan anda. Corak dan tekstur dalam dekorasi.

Sumber: http://dekorumah.blogspot.com

8 Rahsia Menghias Apartment




Hendak menghias rumah flat (orang putih panggil apartment) memang mencabar sebab terpaksa berdepan dengan keluasan yang terhad. Tambahan pula, bagi penyewa rumah flat di bandar-bandar besar, tuan rumah sudah meletakkan macam-macam syarat. Sungguhpun bajet di kalangan pemilik atau penyewa rumah flat agak kecil, masih ada cara dan idea dekorasi yang sesuai. Nak tahu rahsianya?. Anda boleh cuba untuk menjadikan flat anda seperti di hias oleh seorang interior designer.


#1 Balance and harmony
Untuk dekorasi rumah flat anda, pentingkan keseimbangan dan keharmonian. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tetapi tidak bermaksud ia perlu serupa. Terlalu banyak yang serupa, hilanglah kreativiti anda.

#2 Dekor rumah bukan bilik
Kerana keluasan terhad, hias rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, stail atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi anda. Cuba pilih warna dinding yang terang (bright and bold) untuk satu bilik. Psikologi warna dalam hiasan dalaman. Gunakan warna yang sama pada bedding set dalam bilik yang satu lagi. Kemudian hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (masih warna yang sama).

#3 Kualiti dan jenama
Anda tidak perlukan setiap sudut dihiasi dengan perabot dan aksesori oleh pereka terkenal. Harga dan jenama tidak begitu penting. Cuma elakkan daripada menempatkan benda yang murah bersama yang mahal. Ia hanya menampakkan lagi 'murahnya' barang tersebut.

#4 Kurang lebih baik
Semakin anda kurangkannya, semakin lebih anda akan dapat. Apa maksudnya?. Pemilihan dan aturan perabot dan aksesori hiasan yang kelihatan kemas, simple, tidak kira berapa kosnya, akan nampak lebih bergaya dan mahal. Kerana ia berkait rapat dengan ciri hiasan dalaman moden yang elegan.

#5 Mix and Match
Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk IKEA hanya akan kelihatan 'keterlaluan'. Adun dan padankan apa jua yang ada. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasinya tampil lebih berkesan.

#6 Kurangkan ukuran untuk lebih luas
Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik anda kecil, anda perlukan perabot bersaiz kecil juga. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggantung lukisan atau artwork bersaiz besar untuk mencipta ilusi sebuah bilik yang luas. Namun anda tidak boleh gunakan trik yang sama ketika memilih perabot. Tip menjadikan ruang rumah kelihatan lebih besar.

#7 Masa adalah segalanya
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru anda, anda terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang yang ada. Sabar...kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui apa yang diinginkan. Yang mana akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk rumah flat anda. Atau anda terpaksa berbelanja lebih pada hari tersebut. Ambil masa sehingga anda jumpa yang benar-benar sesuai dengan citarasa dan kediaman anda.



#8 Too funky is junky
Tidak salah dengan ciri funky. Warna yang striking, bentuk unik, selalu menarik pandangan. Ia akan jadi lambang citarasa anda dan mempunyai mesej yang tersendiri. Tetapi jangan over. Tonjolkan secara minima. Jika banyak sangat, jadi serabut atau semak. Contohnya, anda hanya perlu tempatkan salah satu koleksi pasu anda di ruang tamu. Bukan ke lebih unik?.

Sunday, November 18, 2012

Wallpaper @ kertas dinding






Pengunaan kertas dinding kini sudah menjadi trend masa kini. Selain dari dapat menutupi kecacatan dinding ia juga dapat mengindahkan lagi suasana ruang kediaman kita. Kini terdapat lebih dari 5,000 corak dan warna kertas dinding untuk dibuat pilihan dan sudah pasti dapat memenuhi citarasa dan bajet anda.

Kertas dinding atau wallpaper rumah ( wallcoverings ) adalah sejenis bahan yang digunakan untuk meliputi dan mencantikkan hiasan dalaman dinding rumah, pejabat, butik, kedai dan bangunan. Kertas dinding adalah salah satu dari aspek hiasan dalaman. Kebiasaannya kertas dinding dijual didalam bentuk gulungan dan dipasang menggunakan sejenis gam khas oleh Pemasang Professional untuk hasil yang berkualiti.




KEBAIKANNYA :
1. Boleh dibasuh dengan sabun dan air jika terkena kotoran
2. Boleh disental dengan berus
3. Tahan kotor, gris atau minyak
4. Tahan geseran
5. Tidak luntur, tahan panas dan sejuk.
6. Jimat kos dan boleh tahan sehingga lebih dari 7 tahun.
7. Boleh menutup keadaan dinding yang bermasalah.
8. Berupaya mencipta suasana yang selesa dan damai.
9. Menambah karekter atau mood dan menjadikan ruang nampak luas dan kemas.
10. Pemasangan dalam tempoh yang singkat dan bersih.
11. Mudah untuk ditanggalkan bagi menukar dengan yang baru.


Asas Pemilihan Warna Cat


Jika kediaman anda mempunyai ruang yang terhad atau berkeluasan kecil dan sederhana maka pemilihan warna cat haruslah tertumpu kepada penggunaan warna-warna terang. Dengan penggunaaan warna yang lebih terang maka ruang yang sempit akan kelihatan lebih luas.Ruang yang rendah akan kelihatan lebih tinggi manakala ruang yang dekat akan kelihatan lebih jauh.


Penggunaan warna-warna asas bumi mampu membangkitkan aura klasik.




Penggunaan warna - warna terang ini khususnya adalah untuk ruang-ruang umum seperti di ruang tamu mahu pun ruang keluarga. Kerana ruang-ruang ini biasanya menjadi tumpuan dan mempunyai kehadiran tetamu yang kerap dan ramai. Namun penggunaanya tidak terhad. Pilihan warna terang dan lembut juga boleh diadaptasikan pada ruang-ruang bilik jika tema dan suasana ceria nan ringkas menjadi pilihan.





Warna terang juga membuatkan ruang yang terhad nampak lebih luas. Gabungan warna yang sedondon juga membuatkan tema lebih berjaya ditonjolkan.



Idea Dekorasi Ruang Tamu


GAYA MINIMALIS


Ruang minimalis lebih kosong dengan perabut yang terhad dan kawasan rumah tampak lebih luas dan santai. Ruang minimalis menjadi pilihan masyarakat urban yang merindukan kejujuran, kesederhanaan dan keselesaan penghuninya.


KEDESAAN INGGERIS



Konsep dan gaya kedesaan Inggeris mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Konsep sebegini dikatakan mampu memberikan ketenangan dan menyuntik eleman kelembutan kepada pemilik. Kedesaan Inggeris menjurus kepada warna lembut, gelap dan yang paling ketara adalah penonjolan motif flora pada langsir, kusyen dan alas meja.




MODEN KONTEMPORARI



Moden dan kontemporari, kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama, ringkas dan tidak berserabut. Salah satu ciri yang menyerlahkan stail moden ialah penggunaan warna tona hitam, kelabu, perak dan juga putih. Idea kontemporari terkini lebih menekankan warna terang dan bercorak geometri.

Saturday, November 17, 2012

Hiasan Dapur Menarik

Semua orang inginkan dapur yang kemas dan menarik. Mungkin ada di antara kita sedang mencari idea untuk membuat pengubahsuaian dapur. Jom lihat pelbagai konsep hiasan dalaman dapur rumah.








Gunakan Warna Merah Dalam Dekorasi


-Merah boleh dipadankan dengan warna neutral dan natural untuk membangkitkan kehangatan. Persekitaran yang dull akan berubah dengan sedikit cetusan merah. Anda tidak perlu bergantung pada cat dalam hal ini. Di peringkat awal, anda hanya perlu meletakkan elemen hiasan contohnya bunga ros, pasu, kusyen kecil, dan hamparan untuk memperkenalkan warna merah di mana-mana ruang rumah anda.Merah dengan putih terlalu kontra tetapi adalah sebaliknya bagi merah dengan hitam.

3 Warna Terbaik Untuk Rumah Anda


1.Ruang Tamu
Hijau adalah warna yang cukup sesuai untuk ruang tamu yang lazimnya menjadi ruang yang pertama ditemui ketika memasuki rumah. Ruang tamu juga menjadi lokasi anda melayan tetamu dan rakan-rakan yang bertandang. Di sinilah kegunaan warna hijau yang melambangkan ketenteraman dan rasa sentosa. Namun begitu, usahalah sedikit untuk mewujudkan keharmonian tema kehijauan bagi persekitaran ruang tamu anda agar lebih positif dan mengujakan.



2.Bilik Tidur
Ungu atau lavender paling sesuai untuk bilik tidur memandangkan warna ini sangat menenangkan. Sudah tentu bilik tidur merupakan tempat yang sepatutnya untuk anda memperoleh rehat yang cukup dan tidur yang lena. Warna ungu akan memberikan rasa selesa dan ketenangan yang anda perlukan.





3.Dapur & Ruang Makan
 Jingga atau warna oren pula amat serasi dengan ruang makan anda. Ruang di mana anda sekeluarga berinteraksi dan menjamu sarapan pagi hinggalah makan malam. Warna oren akan membangkitkan selera dan membantu penghadaman ketika anda menikmati hidangan setiap hari.




Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman


Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.
-Biru

Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.



-Kuning

KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

                                                                   

 -Hijau

HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.

-Merah

MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional  mahu pun kontemporari.


-Ungu

UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.


-Merah Jambu

MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.

-Jingga

JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.

-Coklat

COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.

-Hitam
HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.



-Putih
PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.


-Kelabu

KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.

www.empiredeco.blogspot.com











Tips Menggantung Bingkai Gambar Atau Lukisan




1. Pastikan bingkai gambar digantung pada aras mata. Pastikan ia tidak terlalu tinggi hingga kita perlu mendongak untuk menatapnya.

2. Pilih lukisan yang bersesuaian dengan ruang dinding supaya ia tidak kelihatan janggal kerana terlalu besar atau kecil pada dinding.

3. Untuk penampilan yang lebih anggun, kesinambungan warna persekitaran dengan lukisan mampu meninggalkan kesan estetika pada ruang kediaman. Begitu juga dengan genre lukisan , sesuaikan konsep interior anda agar penatan nampak selari.

4. Halakan lampu tumpu pada ketinggian yang bersesuian agar keindahan lukisan dapat diserlahkan.

5. Mempamer adalah satu cara untuk menghias dinding. Namun awas pastikan dinding tidak terlalu sarat dengan lukisan atau bingkai.

6. Bingkai gambar atau lukisan boleh menjadi titik tumpu melalui susunan dan penggayaan yang menarik. Sebagai contonnya, susunkan bingkai gambar yang kecil (saiz 3R) dalam keadaan 4 segi seolah-olah seperti bingkai gambar yang besar. Ia akan menjadi arca dinding yang menarik.


7. Elakkan menggantung gambar-gambar peribadi pada dinding ruang tamu kerana ia agak peribadi dan tidak sepatutnya didedahkan pada semua orang. Tempat yang sesuai ialah ruang makan, ruang keluarga dan kamar tidur.

www.empiredeco.blogspot.com

Hiasan Ruang Makan

ILHAM penataan ruang makan memberikan kesan keseluruhan dekorasi kediaman anda. Ruang yang sering menjadi tumpuan keluarga dan tetamu itu perlu dihias sempurna supaya sentiasa menarik dan menjanjikan keselesaan ketika menjamu selera.
Namun, masih ada yang buntu untuk menentukan reka letak sempurna ruang berkenaan.
Melantik pakar hiasan dalaman antara langkah terbaik dan ketengahkan kreativiti anda kerana ia lebih memberikan kepuasan.

Kehadiran set meja makan menjadi pelengkap utama ruang berkenaan dan kesesuaiannya perlu diambil kira. 

Berikut beberapa panduan berkenaan pilihan dan reka letak sesuai meja makan: 

1) Menentukan jumlah kerusi meja makan




  • Perhatikan dan kira jumlah penghuni yang ada
  • Jika mempunyai keluarga kecil, meja makan sederhana sudah mencukupi
  • Lazimnya meja makan mempunyai dua hingga lapan kerusi
  • kehadiran tetamu ramai serentak memerlukan ruang makan selesa.
  • Bagi mengatasi masalah itu, ruang dapur selesa dan ringkas dapat membantu.

    2) Cara mengatasi kerusi makan yang tidak mencukupi
  • Beli kerusi lipat
  • Simpan di stor jika tidak memerlukan.
  • Penyediaan makanan secara bufet amat sesuai.

    3) Cara sesuai menghidupkan suasana di ruang makan
  • Pastikan meja makan sesuai dengan konsep kediaman.
  • Perkakasan penting seperti pinggan mangkuk boleh diletakkan secara teratur untuk kegunaan dan hiasan.
  • Hiasi dengan lampu gantung atau candelier.
  • Pastikan lampu itu sesuai dengan konsep dekorasi.

    4) Aksesori lain yang perlu ada
  • Paling penting cermin hiasan pada latar dindingnya.
  • Saiz cermin tidak terhad
  • Anda bebas meletakkan cermin di keseluruhan ruang berkenaan atau bersaiz 2 kaki x 2 kaki.
  • Antara aksesori lain ialah bingkai gambar atau lukisan sesuai.
  • Friday, November 16, 2012

    Susun Atur Perabot Di Bilik Tidur Yang Sempit


    Menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang kecil merupakan satu cabaran bagi sesiapa sahaja. Anda memerlukan ruang untuk meletakkan katil, almari pakaian dan beberapa perabot peribadi tanpa membuatkan ruang nampak sempit.

    Ini adalah beberapa candangan saya:-
    1.Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik .Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih single bed daripada king size bed.
    2.Pilih perabot yang berbentuk moden, berpetak dan tidak terlalu sarat dengan perincian seperti katil yang berbentuk klasik yang boleh memakan ruang.
    3.Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu sahaja meja sisi dan lagi sebelah letak lampu lantai atau kerusi baca
    4.Jika ruang bilik anda bersegi empat tidak sama sisi atau dinding yang panjang, cuba gunakan untuk membina (built-in)seperti almari pakaian atau meja solek. Ini memberikan lebih ruang perstoran.
    5.Gunakan segala ruang yang ada seperti ruang bawah katil sebagai tempat perstoran (built-in) atau kotak simpanan yangbertanda supaya mudah untuk mencari dan menyimpan.
    6.Buangkan segala perabot atau barangan dekorasi yang tidakmembantu memberikan anda sebuah ruang yang nampak kemas dan teratur.

    www.empiredeco.blogspot.com