Monday, March 21, 2016
Tips Dekorasi Bagi Rumah Flat atau Apartment
MENGHIAS ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti. Sebenarnya, ruang kecil boleh menjelma selesa andai kena gaya adunannya. Berikut contoh-contoh susun atur bagi rumah flat atau apartment. :-)
Wednesday, November 11, 2015
Monday, November 9, 2015
Sunday, August 23, 2015
Tips Dekorasi Budget
Anda tertanya-tanya bagaimana untuk menghias rumah atau ruang pejabat dalam budget yang minima.
Kami ada jawapannya.. Dapatkan tips yang sangat power dari pakar hingga anda terkejut dengan idea yang dikongsikan.
Jom klik pada ebook di bawah. :-)
Kami ada jawapannya.. Dapatkan tips yang sangat power dari pakar hingga anda terkejut dengan idea yang dikongsikan.
Jom klik pada ebook di bawah. :-)
Idea Dekorasi Bilik Air
Rasa macam tak penting sangat nak deko-deko bilik air ni..tapi bila tukang rumah tanya
" nak buat bilik air macam mana?"
" nak letak sinki sebelah mana?"
" nak letak itu kat mana..nak letak ini macam mana..?"
Ohh..penting juga rupanya..kurang-kurang susun atur nya kelak memudahkan urusan di kamar mandi.
Love:
Friday, July 12, 2013
Hijau - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.
www.dekorasidinding.weebly.com
Merah - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.
www.empiredeco.blogspot.com
Ungu - Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
www.empiredeco.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)